,
Laman Utama

6 Helai Rambut Kurt Cobain Dilelong, Bidaan Bermula Dari RM10,300

Maliah Surip
08/05/2021
14:50 MYT
Vokalis legenda grup Nirvana, Kurt Cobain telah lama meninggal dunia. Cobain dipercayai mati bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri pada bulan April 1995.
Setelah lebih 27 tahun mati, enam helai rambut yang pernah dipotong pelantun Man Who Sold The World ini akan dilelong.
Menurut laporan media antarabangsa, 6 helai rambut tersebut dipotong pada tahun 1989 oleh seorang tukang gunting bernama Tessa Osbourne. Bidaan akan bermula dari nilai RM10,300.
Laporan dari Hyperbeast mengatakan 6 helai rambut tersebut sahih milik Cobain kerana mempunyai bukti foto vokalis itu bersama Osbourne.
"Ini adalah satu lagi artifak penting Kurt Cobain. Rambut ini dipotong di Birmingham, England sewaktu Nirvana sedang melakukan tour album Bleach.
"Rambut ini sahih milik Cobain berdasarkan foto seorang perempuan sedang memegang gunting dan memotong rambut legenda itu. Cobain dilihat berpose bersamanya!" tulis laporan tersebut.
Cobain dan Osbourne dipercayai berkawan sebelum Nirvana yang mula terkenal di Birmingham menjadi fenomena muzik dunia.
Sekitar tahun 1989, Cobain terkenal dengan gaya rambut blonde panjangnya yang dibelah tengah dan menjadi ikutan anak muda yang juga merupakan peminat band tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hollywood

Dave Ghrol Mengaku Bukan Hanya Curang, Ada Anak Luar Nikah

gempak
14/09/2024
15:20 MYT
Mantan pemain dram Nirvana yang juga pengasas band Foo Fighters, Dave Ghrol terus mencetuskan kontroversi selepas pengakuan mengejut curang terhadap isterinya, Jordyn Blum.
Hiburan

Pertama Kali Pegang Watak Heroin, Arabella Teruja, Sanggup Potong Rambut Pendek - “Bila Bagitahu Mak Saya Risau..”

gempak
13/08/2024
09:55 MYT
Naib Juara Hero Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen akui teruja dapat bergandingan dengan aktor Mierul Aiman dalam naskhah terbaharu berjudul Dari Mata Turun Ke Hati.
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.