,
Hiburan

“5th Members Of BLACKPINK, She Totally Nailed It,”- Netizen Tak Sangka Neelofa Pandai Menari

Mya Amri
22/04/2019
07:35 MYT
Pelakon dan pengacara, Neelofa menarik perhatian ramai apabila muncul dengan mempersembahkan tarian lagu Kill This Love oleh kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK di pentas Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlangsung semalam.
Tampil dengan busana serba hitam, aksi bertenaga yang dipamerkan Neelofa ketika menari pada bahagian korus lagu tersebut ternyata menjadi perbualan hangat di media sosial. Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum melihat kebolehan menari dan keberanian Neelofa memberikan kelainan untuk AME2019 tahun ini. Mereka juga memuji Neelofa kerana menampilkan sesuatu yang luar biasa dan di luar jangkaan. Selain itu, tarian Neelofa juga turut mendapat pujian daripada peminat tegar BLACKPINK, Blink. Terdahulu, AME2019 yang bertemakan 'Yang Legit Yang Legend' itu berlangsung dengan meriah bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.
Acara gilang gemilang itu dihoskan oleh tiga pengacara kegemaran ramai iaitu Neelofa, Nabil dan Jihan Muse.
Pada malam tersebut juga, penyanyi, Khai Bahar dan Siti Nordiana berjaya merangkul trofi Artis Top Meletop 2019 dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.