,
Laman Utama

55 Filem Berentap Di FFM31, RM500,000 Untuk Pemenang Filem Terbaik

Fiza Kamarudin
02/12/2021
07:49 MYT
Selepas menangguhkan penganjurannya tahun lalu, Festival Filem Malaysia (FFM) 31 kembali pada tahun ini dan bakal berlangsung pada 10 Disember depan.
Sebanyak 55 buah filem dipertandingkan dan karya yang bakal diangkat sebagai Filem Terbaik pada edisi kali ini akan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 selain trofi.
Penyertaan filem cereka merangkumi filem Bahasa Malaysia sebanyak 32 judul; filem Tamil (11 filem), Mandarin (lapan filem) serta masing-masing dua filem Bahasa Inggeris dan bahasa Iban.
Kesemua filem ini bersaing merebut 28 kategori termasuk trofi utama, Filem Terbaik.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, berkata agihan dana itu dibuat dengan mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD sektor industri kreatif.
"FINAS sebagai penganjur FFM dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bangga dan besar hati dapat bekerjasama menganjurkan FFM31.
"Justeru, untuk FFM31, hadiah DKD bernilai RM500,000 adalah antara pembaharuan yang kami lakukan. "Ini tanda penghargaan kepada pasukan pembikin filem yang bersungguh-sungguh membuat pembaharuan sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik," katanya pada sidang media FFM31 di Hotel Royal Chulan The Curve, di Mutiara Damansara pada Rabu.
Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim.
Malam kemuncak FFM31 akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pada 10 Disember depan mulai jam 9 malam serta menampilkan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos.
Sementara itu, acara Red Carpet pula akan disiarkan secara langsung di YouTube Finas Malaysia bermula 8.00 malam dan dihoskan oleh Naz Habibur Rahman.
Antara filem bersaing adalah Pusaka, Ennaval, Geran, KL Vampires, Sangkar, Anak Perjanjian Syaitan, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, Mimaland, Rock 4 : Rockers Never Dai, Ejen Ali The Movie, Ada Apa Dengan Dosa, Roh dan lain-lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
Laman Utama

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni

gempak
01/06/2023
06:35 MYT
Dapat notis 24 jam.