,
Viral

5 Pasangan Kembar Paling ‘Dikehendaki’…. Nombor 5 Tu Memang Susah Nak Percaya!

Gempak
07/06/2024
07:55 MYT
Kita sering terpesona apabila melihat pasangan suami isteri yang mempunyai pasangan kembar. Tentulah, selain kecomelan, pasangan kembar sering kali dikaitkan dengan persamaan seperti raut wajah, warna rambut, warna kulit dan juga tingkah laku.
Tidak keterlaluan dikatakan, pasangan kembar bukan sahaja menjadi perhatian di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggim malah turut menjadi tumpuan jika mereka terlibat secara terbuka di hadapan kamera menjadi ‘public figure’.
Berikut merupakan lima kembar paling dikehendaki oleh peminat, yang bukan sahaja cemerlang dalam karier, malah menjadi idola oleh orang ramai.

Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Aidil Zafuan dan kembarnya, Zaquan Adha merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Mereka mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun dan berumur 18 tahun, pasangan kembar ini mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik mereka bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004. Kini, Aidil bermain untuk Johor Darul Ta’zim manakala Zaquan pula bersama Negeri Sembilan FC.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik

Mary-Kate & Ashley Olsen

Pasangan kembar Mary-Kate & Ashley Olsen merupakan pasangan kembar paling popular di dunia. Memulakan kerjaya ketika masih lagi kecil menerusi siri Full House, pasangan kembar tidak seiras ini terus mengembangkan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi beberapa naskhah drama dan filem. Terkini, mereka memilih untuk menumpukan fokus sepenuhnya dalam bidang fesyen menerusi jenama mewah, The Row.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Olsen Gayakan Dres Rekaan Kakak Kembar Sendiri Antara Puluhan Fesyen Yang Menonjol Pada Anugerah Emmy 2021

Dylan & Cole Sprouse

Kerjaya lakonan Dylan dan Cole bermula ketika berusia setahun, apabila mereka memainkan watak yang sama, Patrick Kelly, dalam Grace Under Fire. Kemudian, nama mereka mula melonjak menerusi sitkom Disney popular, The Suite Life of Zack and Cody yang disiarkan di Disney Channel. Selepas The Suite Life On Deck tamat pada 2011, mereka berhenti seketika daripada bidang lakonan dan menumpukan perhatian penuh pada pelajaran di Universiti New York. Kini, masing-masing meneruskan kembali kerjaya lakonan dengan Dylan membintangi filem Beautiful Wedding manakala Cole meraih populariti menrusi drama Riverdale.
Sejak bahagian dua siri, "The Suite Life on Deck," berakhir pada 2011, pasangan kembar itu mengeluarkan diri mereka daripada berlakon supaya mereka boleh menghadiri Universiti New York. Penahanan Dylan dari Hollywood berlangsung sehingga 2017, setahun selepas Cole kembali berlakon sebagai Jughead Jones dalam siri TV "Riverdale." Dylan dijangka muncul dalam filem "After We Collided." Apabila tidak membuat persembahan di hadapan kamera dia membancuh minuman mead.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki K-Drama? Ini 7 Program Dari Korea Yang Anda Perlu Nantikan Sepanjang 2024 Di Disney+ Hotstar!

Amin & Abid

Amin dan Abid mula dikenali di TikTok selepas memaparkan mencipta pelbagai rekaan kreatif sehingga diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ oleh warganet. Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan selain turut dikongsikan di platform media sosial lain. Menariknya, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka. Pasangan kembar ini turut pernah meraih Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pernah menyertai INNOVATHON Amin dan Abid turut dinobatkan sebagai Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA23: Nampak Sama Tapi Ini Rupanya Cara Nak Bezakan Kembar Genius Amin Dan Abid

Emma & Keyrol

Pasangan kembar ini sedikit berbeza dengan pasangan kembar lain. Malah pasangan kembar ini juga hanya wujud dalam dunia fiksyen berjudul The Experts! Memiliki dua perwatakan berbeza, Keyrol boleh diibaratkan seperti api manakala kakaknya, Emma pula menyejukkan seperti air. Dilakonkan oleh Syafiq Kyle dan Mimi Lana, gelagat Keyrol dan Emma bukan sahaja menjadi penguat kepada jalan cerita, malah memberi impak berbeza terhadap kedua aktor dan aktres itu sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Rompakan Besar Berprofil Tinggi Yang Masih Belum Dapat Diselesaikan

Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan Hasnul Rahmat, The Experts mengisahkan Farid, Keyrol, Emma, Amer dan Lan yang kembali bersatu kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

gempak
29/07/2024
13:55 MYT
Jenayah rompakan semestinya antara salah satu jenayah yang paling banyak diadaptasikan untuk dijadikan filem dan drama.
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Viral

Ini Senarai Bilik Kebal & Peti Besi Paling Selamat Di Dunia, #5 Tu Sedang Kena Aim!

gempak
17/06/2024
09:55 MYT
Bila melibatkan penjagaan barang berharga, pasti kita akan memilih tempat persembunyian yang paling selamat antaranya peti besi.
Filem

Lima Filem Dengan Plot Twist Mindblowing, Yang Last Tu Memang Fuh, Nervous!

gempak
16/06/2024
15:53 MYT
Tidak dinafikan filem yang mempunyai jalan cerita menarik akan menjadikan naskhah itu digemari oleh pencinta filem.