,
Gaya Hidup

5 Long Weekend Menanti Sehingga Disember 2024, Ini Lokasi Berdekatan Ibu Kota Yang Boleh Anda Kunjungi!

Gempak
01/06/2024
04:55 MYT
Umum mengetahui yang Malaysia cukup ‘kaya’ dengan cuti umum. Terbaharu, ramai dalam kalangan kita sudah merancang untuk bercuti sempena dengan cuti umum Hari Keputeraan Agong pada Isnin depan.
Selain daripada cuti panjang ‘long-weekend’ pada minggu ini, kita bakal melalui lima ‘long weekend sehingga bulan Disember iaitu cuti Hari Raya Haji (15 hingga 17 Jun), Awal Muharram (6 hingga 8 Julai), Hari Malaysia dan Maulidur Rasul (14 hingga 16 September), Deepavali (31 September dengan 1 Oktober diambil sebagai cuti tahunan) dan Hari Krismas (23 hingga 25 Disember).
Sungguhpun long weekend bukanlah sela cuti yang panjang, namun, anda boleh merancang percutian pendek atau staycation, yang sedikit jauh daripada ibu kota.
Jom semak lokasi-lokasi menarik ini:

Genting Highlands

Genting Highlands merupakan salah satu lokasi tumpuan penduduk ibu kota yang inginkan ketenangan dan kenyamanan. Tidak hanya lokasi percutian, Genting Highlands juga adalah turut dijadikan lokasi beli-belah, hotel dan taman teman. Nikmati suasana sejuk dan berkabus sambil mencuba pelbagai permainan dan aktiviti yang ditawarkan. Pengunjung juga boleh melawat Chin Swee Caves Temple atau mengambil gambar dengan replika Menara Eiffel dan Patung Liberty di Sky Avenue.

Bandaraya Melaka

Terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, Melaka yang merupakan negeri warisan dunia UNESCO jaya dengan pelbagai pengaruh budaya seperti Portugis, Belanda, British dan Peranakan. Selain budaya, pengunjung juga boleh menikmati jejak-jejak sejarah dan warisan seperti A Famosa, Stadthuys, Christ Church dan Jonker Street. Selain itu, makanan tradisional yang enak juga boleh didapati di sini.

Ipoh

Selain Genting Highlands, Ipoh juga merupakan salah satu lokasi yang kerap dilawati oleh pengunjung. Cuti long weekend anda boleh dimanfaatkan dengan melawat bandar dengan pertembungan budaya unik selain menikmati hidangan yang terkenal daripada restoran ternama.

Cameron Highlands

Cameron Highlands juga merupakan antara lokasi yang kerap dikunjungi oleh pengunjung. Manfaatkan cuti pendek anda dengan menikmati udara nyaman sambil melawat kebun teh dan strawberi.

Kuala Lumpur

Kalau anda tidak mempunyai idea untuk menghabiskan long weekend anda, apa kata nikmati sahaja ‘keindahan’ Kuala Lumpur dengan menginap di mana-mana hotel popular di ibu kota, sambil membeli-belah di pusat beli belah popular. Inginkan kelainan? Boleh lawati lokasi-lokasi istimewa seperti Masjid Negara, Pasar Seni dan Muzium Negara.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

​ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

​ARTIKEL BERKAITAN: #TravelMana: Nak Pergi China Dah Tak Perlu Visa… Tapi Dengan Syarat

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#TravelMana: Negeri Pahang Kaya Resort Cantik, 6 Penginapan Ini Wajib Anda Cuba Selepas Pandemik

gempak
18/02/2021
12:30 MYT
Cantiknya semua, let's berangan!
Laman Utama

#TravelMana: Rindu Deruan Ombak? Lima Pulau Ini Wajib Anda Kunjungi Selepas Tamat PKP

gempak
11/02/2021
12:30 MYT
Tak sabar nak mandi laut.
Laman Utama

“Cantik Do’oh Baby” - Ameera Khan Bercuti Di Pulau Perhentian, Dress Labuh Jadi Tarikan Netizen

gempak
10/09/2020
11:03 MYT
Selamat bercuti!
Gaya Hidup

Lima Lokasi Staycation Ini Sesuai Untuk Hujung Minggu, Selamat Cuti-Cuti Malaysia!

gempak
10/07/2020
10:59 MYT
Hiburan

Nak Menginap Di Hotel? Ini 4 Langkah Anda Wajib Lakukan Untuk Cegah COVID-19!

gempak
10/06/2020
10:01 MYT