,
Hiburan

5 Babak Terbaik Perayaan Holi Dalam Filem Bollywood

Syafiqah Jalal
13/03/2017
08:27 MYT
Holi atau festival of colours yang diraikan penganut agama Hindu seluruh dunia jatuh pada hari ini (13 Mac).
Apa yang pasti, sebut saja perayaan holi kita pasti terbayangkan serbuk warna warni dan adegan-adegan romantik dalam filem Bollywood.
Jadi kami kongsikan 5 babak ikonik terbaik perayaan holi dalam filem Bollywood yang pernah dihasilkan sepanjang zaman. Layan!
1) Rang Barse Bheege Chunar Wali Pelakon: Amitabh Bachchan, Rekha, Jaya Bachchan, Sanjeev Kumar Tahun: 1981 Filem: Silsila
Filem Rang Barse lakonan Amitabh Bachchan merupakan momen terbaik yang merujuk kepada sambutan perayaan holi. Dalam lagu tersebut, setiap peringkat umur dilihat meraikan perayaan itu dengan sangat meriah.
Rasanya ini adalah babak paling romantik yang pernah dilakonkan oleh Amitabh bersama Rekha. Setiap minit ada sahaja aksi menggoda pelakon lelaki itu yang enggan melepaskan kekasihnya.
Membawa sampai ke realiti, Amitabh bertemu cinta dan berkahwin dengan Jaya Bachchan manakala Rekha pula berkahwin dengan salah seorang pelakon utama dalam filem itu, Sanjeev Kumar.
2) Ang Se Ang Lagana Pelakon: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla Tahun: 1993 Filem: Darr
Dalam filem Darr, Shah Rukh Khan melakonkan peranan seorang lelaki yang obses mengintip dan mengorat Juhi Chawla.
Sampaikan dalam salah satu babak dalam lagu itu, Shah Rukh sanggup menyelinap ke rumah Juhi semata-mata untuk meluahkan isi hatinya.
3) Soni-soni Pelakon: Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Aishwarya Rai Tahun: 2000 Filem: Mohabbatein
Bagi yang mengingati filem Mohabbatein, sudah pasti akan dapat mengimbau semula salah satu babak dalam filem itu yang mana Shah Rukh Khan cuba memujuk pengetua Gurukul, Amitabh Bachchan untuk membenarkan pelajar-pelajarnya meraikan perayaan holi.
Malah, penghujung babak itu juga menyaksikan Shah Rukh meminta izin untuk meletakkan teeka pada dahi Amitabh sebagai tanda penghormatan.
Lagu Soni Soni menghiasi perayaan holi dalam filem Mohabbatein. Pelbagai babak menarik melatari setiap sudut lagu itu dan ia juga menyaksikan penyatuan cinta beberapa pasangan dalam filem tersebut.
4) Balam Pichakari Pelakon: Ranbir Kapoor, Deepika Padukone Tahun: 2013 Filem: Yeh Jawaani Hai Deewani
Melewati fasa milenia, filem yang dihasilkan pada tahun 2013 itu menyaksikan gandingan dua pelakon muda Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone dalam babak segar perayaan holi.
Lagu itu menyaksikan aksi lincah Deepika yang sedang jatuh cinta dengan seorang lelaki mendukung watak Bunny (Ranbir Kapoor), yang pada masa sama turut tertarik dengan kecantikan wanita itu.
Selepas tamat lagu itu, terdapat babak yang mana Ranbir mengaku kepada Deepika bahawa dia tidak mahukan momen antara mereka itu berakhir.
5) Lahu Munh Lag Gaya Pelakon: Ranveer Singh, Deepika Padukone Tahun: 2013 Filem: Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela
Watak yang didukung oleh Ranveer dan Deepika dipertemukan kali pertama menerusi lagu Lahu Munh Lag Gaya. Babak yang mencetuskan pelbagai babak seterusnya itu dicorakkan dalam situasi ganjil dan ganas.
Setiap babak dalam lagu itu sebenarnya menyampaikan makna yang mendalam untuk perayaan holi. Ada masanya Leela menyapu serbuk warna merah menyala pada bahagian leher dan bibir sebelum dikucup oleh Ram dan kami letakkan itu babak panas terbaik dalam filem!
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: India.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.