,
Berita

430,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN Berjumlah RM6 Bilion - Zambry

Awani
23/09/2024
08:25 MYT
Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Tak Pernah Buat Pembayaran Balik

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata semua peminjam berkenaan dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun diketahui kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing.
Beliau berkata jumlah pinjaman yang tidak dibayar semula itu sentiasa meningkat saban tahun dan ia sememangnya memberi kesan langsung kepada kedudukan kewangan PTPTN.

"Bagi pihak saya, ini adalah satu tanggungjawab moral yang perlu dilunaskan oleh para peminjam kerana wang yang dibayar itu akan digunakan oleh PTPTN untuk menbantu generasi yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN Lumut, pada Sabtu.

Terdahulu, Zambry menyempurnakan penyerahan WPP berjumlah RM322,500 kepada 215 pelajar yang layak dalam Parlimen Lumut dan Beruas.
Hadir sama Pengerusi i PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan Ketua Eksekutifnya Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Rancang Ambil Tindakan Perundangan

Zambry berkata ketika ini PTPTN juga dalam perancangan untuk mengambil tindakan perundangan kepada mereka yang masih gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak PTPTN berkaitan perkara ini, namun perincian berkaitan penguatkuasaan itu dalam proses untuk dimuktamadkan. Cuma pada ketika ini, kita masih berhemah dan tidak akan tutup pintu rundingan jika ada yang ingin melunaskannya (hutang)," katanya.

Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaat melalui WPP dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Ogos 2024.
Menurutnya inisiatif yang diwujudkan melalui WPP itu secara dasarnya bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik dan kolej komuniti.
"PTPTN mengharapkan WPP ini digunakan sebaiknya oleh para pelajar untuk melunaskan bayaran yuran, barangan keperluan semasa di universiti serta perkara lain yang difikirkan sesuai," katanya.
Sumber: Awani Menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Putehh Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Gebu Pula Gagal Melangkah Ke Separuh Akhir

gempak
03/11/2024
18:55 MYT
Lagi Sekali kumpulan Putehh berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu ketujuh Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Viral

ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior - "Tindakan Disiplin Keras Atau Undang-Undang Akan Dikenakan"

gempak
31/10/2024
00:55 MYT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
Hiburan

Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

gempak
25/09/2024
07:55 MYT
Aktres Nur Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraiannya bersama suami, Fattah Amin.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Unitar