BERITA
402,956 Calon SPM 2024 Boleh Semak Keputusan Hari Ini
Debaran 402,956 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bakal terjawab apabila keputusan masing-masing akan diketahui hari ini.
Keseluruhan pelajar yang membabitkan 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara boleh memperoleh keputusan tersebut dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.
Semua sistem akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi ini sehingga 6 petang, 30 April 2025.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan sebelum ini berkata, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui beberapa kaedah.
Ia seperti secara dalam talian melalui pautan, myresultspm.moe.gov.my dan menerusi kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
KPM juga meminta pihak sekolah agar memastikan proses penyerahan keputusan peperiksaan dilaksanakan secara cekap dan teratur bagi memastikan kelancaran urusan penyampaian keputusan kepada calon.
Satu sidang akhbar khas berhubung pengumuman rasmi keputusan keseluruhan SPM 2024 akan dibuat di Putrajaya sementara di peringkat negeri pula, ia akan dibuat menerusi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Sebagai rekod, seramai 11,713 pelajar yang menduduki SPM 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A dalam semua mata pelajaran.
Sumber: Utusan Malaysia
Must-Watch Video