,
Laman Utama

“4 Hari Saya Di Maldives Kerana Pengsan Dalam Kapal Terbang…Hari Kelima Baru Sampai Makkah” – Ebby Yus

Fiza Kamarudin
18/11/2021
09:47 MYT
Pelakon dan pelawak Ebby Yus mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan ibadah umrahnya walaupun diuji masalah kesihatan.
Ebby berkata, dia mengikuti rombongan umrah ke Makkah pada 16 Oktober lalu, namun mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan.
“Detik mencemaskan itu berlaku ketika mahu ke tandas di dalam kapal terbang. Masa tu dalam sejam lagi, kapal terbang tu akan transit di Maldives.
“Tiba-tiba berlaku gegaran kerana ‘air pocket’ dan saya pengsan. Uztaz kata ada dalam 10 minit juga saya tidak sedar.
“Bila saya sedar saya nampak ada orang di sisi saya dan saya dengar anak kapal buat pengumuman jika ada doktor atau jururawat yang boleh berikan bantuan.
“Kebetulan ada seorang jururawat dari Malaysia yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan dia tolong berikan rawatan awal kepada saya.
“Tiba saja di Lapangan Terbang Maldives, doktor di sana beritahu saya perlu dibawa ke hospital dan tak boleh teruskan perjalanan," katanya.
Tambah Ebby lagi, terlepas peluang untuk mengikuti rombongan seperti yang dijadualkan.
“Sepatutnya rombongan kami ke Madinah dahulu sebelum masuk ke Makkah. Tapi disebabkan saya ‘sangkut’ empat hari di Maldives saya tak dapat sertai mereka.
“Ketika di hospital Maldives, doktor menyarankan saya untuk tinggal beberapa hari lagi, namun saya fikirkan tentang kos. Saya tak mampu nak bayar.
“Satu hari sahaja di hospital dan saya minta keluar. Saya dan Ustaz Ashraf ke lapangan terbang untuk membeli tiket ke Makkah tapi malangnya tiket tiada hingga kami terpaksa bermalam di Maldives selama empat hari.
"Jadi saya dan Ustaz Ashraf pun beli tiket terus ke Makkah kerana hari kelima rombongan sudah bergerak ke sana,” kata Ebby.
Bagaimanapun, Ebby bersyukur kerana urusannya untuk menyempurnakan ibadah umrah dipermudahkan, walaupun terpaksa berkerusi roda.
"Ini adalah ujian buat saya. Enam hari di Makkah saya terpaksa menggunakan kerusi roda ketika melakukan tawaf kerana masih belum kuat sepenuhnya.
“Namun, saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan walaupun perjalanan umrah kali kedua ini lebih memberi ujian," katanya.
Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakiy lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Unitar