Laman Utama
30 Tahun Berjuang Lawan Barah Payudara, Olivia Newton-John Meninggal Dunia
Penyanyi dan pelakon, Olivia Newton-John dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun pada Isnin.
Olivia yang popular menerusi filem muzikal Grease itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada Isnin pagi akibat kanser.
Suami mendiang, John Easterling mengesahkan berita sedih itu menerusi laman media sosialnya.
"Dame Olivia Newton-John telah meninggal dunia pagi ini, bersama keluarga dan kawan rapatnya. Kami berharap orang ramai menghormati waktu-waktu sukar ini.
"Olivia menjadi simbol kemenangan dan harapan selepas 30 tahun berjuang menentang barah payudara," tulis suaminya.
Mendiang yang berjaya melakar nama dalam industri seni selama 30 tahun itu sebelum ini mendedahkan melalui rawatan kanser yang merebak ke tulang belakangnya pada September 2018.
Ia adalah diagnosis kanser ketiganya, selepas serangan kanser payudara pada awal 90-an dan pada 2017.
Must-Watch Video