,
Laman Utama

3 Kali Induce & Epidural…Lepas 26 Jam, Ain Edruce Berbaloi Jumpa Soraya

Syafiqah Jalal
02/06/2021
01:22 MYT
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya memperkenalkan cahaya mata pertamaya kepada umum selepas hampir dua minggu melahirkan.
Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, gembira mengumumkan nama puterinya yang pendek dan ringkas sebagai Soraya.
“Soraya maksudnya cantik.
“Nama bapa dia pun panjang ada tiga perkataan jadi kita beri nama anak sebagai Soraya satu perkataan sahaja.
“Sebenarnya ramai kawan-kawan yang tanya nak tengok gambar anak dan ketika itu ia masih sangat kecil. Jadi kini saya dedahkan bukan untuk menunjuk atau apa..hanya sekadar berkongsi,” katanya.
Ain dan suami Muhammad Amirul Hafiz memperkenalkan anak mereka dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman YouTube. Menerusi video yang berjudul Meet Our Baby itu, Ain dan suami turut berkongsi pengalaman melahirkan anaknya.
Ain mendedahkan perjalanan melahirkan anak pertanya sangat panjang iaitu 26 jam serta terpaksa mengambil tiga kali induce serta epidural.
“Journey nak melahirkan dia memang sangat lama, dalam 26 jam tapi rasa macam 2 hari.
“Masa tu saya sudah 39 minggu, doctor sampai terpaksa induce untuk keluarkan baby sebanyak tiga kali.
“Namun saya boleh katakan epidural sangat membantu saya untuk menikmati proses bersalin itu dengan sangat tenang,” ceritanya.
Pun begitu, Ain akui ia sangat berbaloi selepas melihat wajah anaknya buat pertama kali.
“Saya terpaksa mencuba selama satu jam untuk mengeluarkan baby dan akhirnya saya meminta supaya doctor vakum baby kerana posisi kepalanya agak senget ketika hendak keluar.
“Alhamdulilah walaupun sedih tengok kepala baby agak lonjong pada mulanya itu tapi selepas melihat wajahnya saya rasa gembira dan sangat berbaloi,” katanya.
Ain selamat melahirkan Soraya di sebuah hospital swasta di Subang Selalngor pada 19 Mei lalu. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.