,
Laman Utama

“3 Jam Pakai Sut PPE Pun Saya Dah Rimas, Bayangkan Frontliners Kita…” – Azhan Rani

Fiza Kamarudin
27/08/2020
14:05 MYT
Pelakon versatil Azhan Rani, mengakui menyarung sut peralatan perlindungan diri (PPE) bukan semudah yang disangka tetapi merimaskan.
Menurut Azhan walaupun dia hanya perlu memakai sut PPE selama tiga jam sahaja setiap hari ketika menjalani penggambaran Filem Televisyen (FTV) Frontliner, itu sudah cukup mencabar dirinya.
“Merimaskan! Itu saja yang mampu saya kata ketika diminta menyarung sut PPE. Saya yang pakai tiga jam ni pun rasa rimas, bayangkan frontliners kita macam mana.
“Dalam keadaan cuaca yang panas dan tidak selesa sewaktu penggambaran antara yang tidak akan saya lupakan sepanjang terlibat dengan pembikinan FTV ‘Frontliner’.
“Ibaratnya memakai ‘sauna bergerak’…Saya bayangkan frontliner kita yang pakai sut PPE lebih lama, hari raya pun mereka terpaksa sarung sut PPE dan itu membuatkan saya lebih terharu dengan pengorbanan para pejuang barisan hadapan bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” katanya yang memegang watak Dr. Azhan menerusi FTV tersebut.
Azhan berkata demikian ketika ditemui Gempak ketika Majlis Pelancaran FTV Fronliner di Big Boss, Publika, Kuala Lumpur.
Selain itu Azhan berkata, dia juga banyak belajar perkara baru sepanjang penggambaran antaranya cara membuka sut PPE dengan betul.
“Nampak senang kan? Mesti orang kata...Alah…dah pakai buka je lah, bukan susah. Sebenarnya ada cara nak buka sut PPE tu tau, bukan main buka saja.
“Walaupun saya sudah lama berlakon, tetapi dalam Frontliner ni saya banyak belajar benda baru. Mujur pihak produksi D’Alphalegacy sudah bersedia lebih awal.
“Jadi tak ada masalah di lokasi kerana mereka sudah buat kajian terperinci daripada sekecil-kecil benda sehinggalah ke set seperti wad untuk pesakit Covid-19 dan sebagainya,” katanya.
Selain Azhan, FTV Frontliner arahan Razif ‘Ajiboy’ Rashid ini turut dibarisi Beto Kusyairy, Emma Maembong, Achey, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Ashraf Muslim, Zul Handyblack, DSP Noorhamasiren, Meerhakim dan Shamsul Danish.
Filem televisyen (FTV) ‘Frontliner’ merupakan sebuah naskah asal yang diinspirasikan daripada kisah benar mengenai pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan yang menjadi pejuang benteng utama dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.
Frontliner dijangkabersiaran menerusi platform Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, FTV ini juga boleh distrim di platform digital menerusi perkhidmatan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Hiburan

Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

gempak
03/04/2024
02:49 MYT
Sherry jadi Che Ton memang padu!
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

gempak
29/03/2024
21:45 MYT
Azhan Rani luah rasa kecewa.
Hiburan

Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"

gempak
26/03/2024
08:50 MYT
Sherry Alhadad akui tertekan untuk menjayakan peranan Che Ton, seorang ibu tiri jahat dalam drama rantaian popular Khunsa.