,
Hiburan

24 Tahun Dalam Bidang Seni, Pengurus Hadiahkan Siti Nurhaliza Kuih Badak Berendam

Kamaruddin Razal
02/04/2020
12:14 MYT
Pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan hadiah yang diberikan kepada penyanyi tersohor itu bersempena tahun ulang tahun ke-24 Siti dalam bidang seni.
Menyediakan kuih badak berendam untuk Siti, Rozi berkongsi perkara terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Kuih badak berendam buat @ctdk sempena 24 tahun beliau di dalam industri seni. . Beliau tahu, saya sangat jarang menghadiahkannya material, barangkali saya tahu, beliau boleh memiliki lebih daripada apa yang mampu saya berikan. . Cara kita 'menjaga' seseorang barangkali berbeza-beza. . Doa yang panjang, perhatian yang tak pernah lekang, ada sewaktu susah dan senang, nasihat yang dilayang dan tentunya memenuhi 'selera' di meja makan terhidang. . Badan berendam itu satu signifikan, meski sekadar sejenis kuih biasa dengan inti kegemaran @ctdk adalah gula kabung (bukan inti kelapa) tetapi setiap suapan beliau adalah keikhlasan yang dimaknakan dengan satu pemberian. . Terima kasih untuk 24 tahun ini, @ctdk. Wasilah yang diperjuangkan dengan cara tersendiri dalam menerangi medan seni. #CT24tahundidalamindustri

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

"Kuih badak berendam buat @ctdk sempena 24 tahun beliau di dalam industri seni.
"Beliau tahu, saya sangat jarang menghadiahkannya material, barangkali saya tahu, beliau boleh memiliki lebih daripada apa yang mampu saya berikan.
"Cara kita 'menjaga' seseorang barangkali berbeza-beza.
Doa yang panjang, perhatian yang tak pernah lekang, ada sewaktu susah dan senang, nasihat yang dilayang dan tentunya memenuhi 'selera' di meja makan terhidang," tulis Rozi.
Penulis lirik dan pengusaha restoran itu juga menjelaskan signifikan kuih badak berendam yang dihadiahkannya kepada Siti.
"Badak berendam itu satu signifikan, meski sekadar sejenis kuih biasa dengan inti kegemaran @ctdk adalah gula kabung (bukan inti kelapa) tetapi setiap suapan beliau adalah keikhlasan yang dimaknakan dengan satu pemberian.
"Terima kasih untuk 24 tahun ini, @ctdk. Wasilah yang diperjuangkan dengan cara tersendiri dalam menerangi medan seni," tulis Rozi lagi.
Pada 1 April lalu, Siti meraikan ulang tahun ke-24 dalam industri hiburan tanah air.
BACA: “Tak Ada Sedikit Pun Milik Saya, Semua Hak Allah” - Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Ke-24 Dalam Industri Seni
Menerusi laman sosial Instagram, Siti berkongsi sekeping foto beserta ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam perjalanan seninya sehingga kini.
Jangan lupa saksikan program-program yang pernah menampilkan Siti di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.