,
Laman Utama

23 Warga Emas Maut Selepas Suntik Vaksin, Kerajaan Arah NRPA Supaya...

Hanafis Haris
18/01/2021
05:56 MYT
Kerajaan kini mengarahkan supaya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk meneliti dan membuat penilaian terhadap vaksin buatan Pfizer-BioNTech.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan berkenaan susulan laporan kematian 23 individu di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 itu.

"Saya telah arahkan NPRA untuk menilai laporan tersebut.

“Buat masa ini saya belum ada sebarang perincian lagi," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Untuk pengetahuan, 23 warga emas meninggal dunia dalam waktu singkat setelah menerima suntikan vaksin coronavirus pertama mereka di Norway.

Jumlah itu termasuk 13 kematian yang dilaporkan berkait ­‘kesan sampingan’ selepas mene­rima suntikan vaksin.

Difahamkan, antara tindak balas biasa termasuk rasa mual dan demam.

Semua 13 pesakit yang mengalami kesan sampingan itu adalah pesakit di rumah-­rumah penjagaan dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.

Pegawai-pegawai perubatan tidak menunjukkan kebimbangan tetapi sedang menyelaras garis panduan berkait siapa ­seharusnya menerima vaksin itu.

Gambar : AFP/Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Laman Utama

"Life In Plastic, It's Fantastic" - Lirik Lagu Barbie Girl (Aqua) Yang Dicipta Lebih 20 Tahun Lepas!

gempak
18/07/2023
09:45 MYT
Kisah Barbie & Ken!
Laman Utama

Kerajaan Selangor Bagi Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Lagi, Ini Senarai Klinik

gempak
07/01/2023
11:00 MYT
Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Rakyat Selangor
Laman Utama

Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Jika Anda Positif COVID-19 Pada Hari Mengundi

gempak
18/11/2022
10:50 MYT
Mudah sahaja