gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

12 Pegawai, 29 Anggota Tentera Darat Diberhentikan Akibat Membuli

Gempak
Gempak
07/04/2025
08:28 MYT
Sponsor Banner
12 Pegawai, 29 Anggota Tentera Darat Diberhentikan Akibat Membuli
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah memberhentikan 12 pegawai dan 29 anggota lain-lain pangkat yang terlibat dengan kesalahan membuli dalam tempoh lima tahun sejak 2019.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, tindakan itu memperlihatkan ketegasan pasukan dalam menangani isu tersebut.
"Perbuatan itu satu pengkhianatan besar kepada pasukan kerana kita menganggap setiap anggota adalah saudara, adik-beradik.
"TDM tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak sama ada pegawai atasan dan anggota bawahan yang didapati bersalah terlibat dengan buli," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O, Rantau Panjang pada Isnin.
Muhammad Hafizuddeain berkata, pihak tertinggi pasukan sentiasa memberi peringatan kepada seluruh anggota supaya tidak terlibat dengan perkara tersebut.
Media sebelum ini melaporkan beberapa pegawai dan anggota tentera didapati terlibat dalam perbuatan buli sehingga ada yang mendatangkan kecederaan kekal serta meragut nyawa.
Terbaharu, pada 26 Mac lalu seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Puchong, Selangor.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Diberhentikan
#Pegawai
#Anggota
#“Tentera
#Darat”
#Membuli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement