gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dah Shooting, Sign Kontrak Tapi Kerjasama Syed Saddiq & Era Tak Dapat Diteruskan Pada Saat Akhir
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Keka Terharu Terima Komen Positif Dari Ajai - “Hard Work Paid Off…”
HIBURAN
Pernah Keguguran Disember Lalu, Puteri Khareeza Kini Hamil Enam Bulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

[VIDEO] Syafiq Kyle Menang 3 Trofi AME 2019 Tapi Tak Menang Top Top MeleTop... Macam Mana Tu?

Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
25/04/2019
03:13 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Syafiq Kyle Menang 3 Trofi AME 2019 Tapi Tak Menang Top Top MeleTop... Macam Mana Tu?
Pelakon Syafiq Kyle bersyukur kerana dapat mewakili peminatnya membawa pulang trofi untuk tiga kategori Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) biarpun dia tidak dapat merangkul anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP.
Menerusi majlis yang berlangsung pada Ahad lalu, Syafiq berjaya membawa pulang trofi Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.
"Alhamdulillah, tak menang Top Top MeleTOP tu tak mengapa... Tiada rezeki untuk saya. Dapat tiga trofi pada malam AME 2019 pun sudah cukup berbaloi.
"Walaupun penat, saya boleh tersenyum kerana semuanya untuk peminat saya. Mereka yang penat mengundi dan kemenangan ini untuk mereka. Saya hanya wakilkan kelab peminat saya untuk membawa pulang trofi-trofi terbabit," kata Syafiq.
Mengulas mengenai dominasi Syafiq dalam kategori Bintang Filem MeleTOP biarpun filem lakonannya, Langsuir tidak meraih kutipan memberangsangkan berbanding filem lain, pemuda berusia 27 tahun ini mempunyai jawapan tersendiri.
"Saya tengok AME 2019 sebagai anugerah undian peminat. Neelofa pun pernah katakan kepada saya, ini adalah 100 peratus hasil penat lelah peminat yang mengundi.
"Mungkin disebabkan drama lakonan saya mendapat banyak respon positif, ia sedikit sebanyak memberikan impak terhadap undian dalam kategori tersebut," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Syafiq Kyle
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement