HIBURAN
"Takutlah Episod Akhir Malam Ni, Takut Ending Hanya Bahagia Di Mimpi Bukan Realiti" - Peminat Teka Kesudahan Drama Sweet Dreams!
Drama bersiri Sweet Dreams sudah sampai ke penghujungnya!
Karya yang menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah ini ternyata mencuri hati ramai penonton.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai peminat yang sedih kerana drama bersiri ini sudah sampai ke episod akhir.
takulah episod akhir malam ni , takut ending hanya bahagia di mimpi bukan realiti ?@MFMiraFilzah @BenAmirr #DramaSweetDreams— ? (@AzlanNurina) September 3, 2019
X sabo nk tnggu episode 18 mlm ni, dlm masa yg sama sedih sbb cerita ni nk hbs, x pnh suka drama melayu smpai tbawa2 dlm hdp seharian..semua hebat..plus sgt x sabo nk tnggu live @MFMiraFilzah dgn @BenAmirr mlm ni..jadi tau..kalo cancel siap korang..syg korang?#DramaSweetDreams— Rin84 (@norrina84) September 3, 2019
kalau fairytale ending bagi la sweet2 tu lama sikit,kadang tu 5 minit terakhir je takdan senyum sampai telinga dah habis,tapikan kalau dah nak buat nightmare punya ending,buat la dari awal sampai akhir sedih,takpa?nak marah takboleh dah #DramaSweetDreams— ummul (@ummul944) September 3, 2019
Mixed feelings la malam ni episod akhir... dia mcm x sabar nk tgk ending? but sedih harini last?? gonna miss #DramaSweetDreams soo much✨ pic.twitter.com/LIsLwhp1wa— Arinah (@______Arinahh) September 3, 2019
Dalam pada itu, Michael Ang yang merupakan pengarah drama bersiri Sweet Dreams memberikan jaminan yang peminat tidak dapat menjangkakan apakah kesudahan drama bersiri itu.Tapi geram2 pun sedih juga #DramaSweetDreams last hari ni. ? Tak thu lah berapa lama boleh move on. Haha gonna miss all the cast especially @MFMiraFilzah & @BenAmirr ?— Yasmeen Adriana (@yasmeenadriana_) September 3, 2019
Michael berkongsi sedutan episod akhir Sweet Dreams di laman Instagram miliknya.
"Salam semua! Belanja clip malam ni! Aku gerenti you tak boleh agak apa ending malam ni. Siapa dapat teka dengan tepat aku akan belanja dan bawa dia pergi dinner. Cuba teka. Love you all," tulisnya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi 'jalan cerita' mereka yang tersendiri sebagai penutup drama bersiri itu.

Ada juga peminat yang 'memarahi' Michael kerana bermain dengan jiwa mereka yang menggemari drama bersiri ini.
Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Must-Watch Video