HIBURAN
Tak Jadi Kahwin, Ini Pesanan Sharnaaz Ahmad Kepada Awi Rafael & Atikah Suhaime
Pembatalan perkahwinan pasangan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime mengejutkan industri hiburan.
Sepatutnya, mereka bakal berkahwin pada Ahad ini namun pembatalan perkahwinan mereka diumumkan semalam.

"Buat Awi dan Atikah, harap bersabar dengan dugaan Allah ini... Perancangan Allah lebih halus dan teliti... Semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah...
"Jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. Ujian buat kalian, redha dengan ketentuan Allah," tulis Sharnaaz di laman sosial Twitter.
Tweet yang dikongsi Sharnaaz mendapat 64 ulang kicau (retweet) dan 314 tanda suka (likes).Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) March 14, 2019
Buat masa ini, punca mengapa perkahwinan mereka dibatalkan tidak didedahkan kepada umum.
Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.
Must-Watch Video