gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Muat Naik Foto Bersama, Ramai Doakan Edika Yusof & Bekas Isteri Kembali Bersatu - “Semoga Sentiasa Bertabah Dalam Apa Jua Ujian”
HIBURAN
Tidak Memilih, Usop Wilcha Sanggup Terima Watak Sampingan Sebab…
HIBURAN
Bukan Niat Nak ‘Tunggang’ Isu Kesusahan Hidup Dharma, A Aida Ikhlas Nak Bantu - “Saya Rasa Diri Dah Cukup Dikenali”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Selamat Ulang Tahun Ke 18 Wahai Zuriatku" - Datuk Rizalman Ibrahim

Badrul Hashim
Badrul Hashim
13/08/2020
04:41 MYT
Sponsor Banner
"Selamat Ulang Tahun Ke 18 Wahai Zuriatku" - Datuk Rizalman Ibrahim
Tiada yang menggembirakan seorang ayah apabila menyambut hari lahir anak mereka saban tahun. Namun angka 18 selalunya membayangkan bahawa anak mereka sudah dewasa dan sudah mengetahui antara betul dan salah.
Itulah yang dirasakan oleh pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim apabila anak angkat pertamanya, Umar Nail Rizalman menyambut usia 18 tahun hari ini. Perkara itu dikongsikan oleh Rizalman di Instagram miliknya.
"Umar dah genap lapan belaih teaun Allah bagi hidop ataih dunia.. umoq mcm ni mmg satu umoq yg sangat rapuh untuk kita pileh jalan yg diredhai atau sebaliknya.. umoq mcm ni jugak adalah satu umoq terakhir dari keadaan lemah dan lembut, untuk mula menjadi keras seperti aur dari tahap rebung.
"Tugas babah melentur tak akan sempurna sehingga hayat Babah masih ada.. dan Umar juga perlu tahu tugas melentur ini bakal Umar pikoi sebagai seorang Abang dan Suami kelak," tulis Rizalman.
Rizalman turut berpesan kepada anaknya itu supaya menggunakan hidup ini ke jalan yang diredhai Allah SWT, dan menjadikan dunia sebagai ladang untuk dituai hasilnya bersama-sama di syurga kelak.
"selamat menyambut hari ulangtahun ke 18 wahai ‘zuriat’ ku," tulis Rizalman lagi.
View this post on Instagram
Umar da genap lapan belaih teaun Allah bagi hidop ataih dunia.. umoq mcm ni mmg satu umoq yg sangat rapuh untuk kita pileh jalan yg diredhai atau sebaliknya.. umoq mcm ni jugak adalah satu umoq terakhir dari keadaan lemah dan lembut, untuk mula menjadi keras seperti aur dari tahap rebung. Tugas babah melentur tak akan sempurna sehingga hayat Babah masih ada.. dan Umar juga perlu tahu tugas melentur ini bakal Umar pikoi sebagai seorang Abang dan Suami kelak. Gunakan setiap hela nafas kita sebagai ibadah di jalan Allah serta diredhaiNya.. bukan sebagai menjadi asbab kemurkaanNYa. Dunia sebagai ladang.. kita ‘tuai’ hasil bersama sama nanti di Syurga. . . . selamat menyambut hari ulangtahun ke 18 wahai ‘zuriat’ ku.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Aug 12, 2020 at 6:55pm PDT
Tarikh lahir Umar merupakan tarikh yang meninggalkan makna yang mendalam buat Datuk Rizalman kerana 13 Ogos bukan sahaja tarikh kelahiran Umar, tetapi juga tarikh pemergian ibu Datuk Rizalman yang tercinta ke Rahmatullah.
Selain Umar Nail yang kini berusia 18 tahun, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aali Nail yang berusia tujuh tahun.
Topic Berkaitan
#Anak
#Hari Lahir
#Datuk Rizalman
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement