HIBURAN
“Punca Putus Biar Kami Sahaja Yang Tahu” – Risteena Nafi Orang Ketiga Jadi Penyebab Perpisahan
Pelakon Nur Risteena Munim menegaskan punca perpisahnnya dengan bekas kekasih yang juga pelakon, Ikhwan Khairudin bukan disebabkan orang ketiga.
Malah Risteena juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Punca putus biarlah kami saja yang tahu. Saya tak mahu komen lebih lanjut mengenainya. Apa yang berlaku langsung tidak membabitkan orang ketiga. Orang itu muncul pun hanya selepas saya dan Ikhwan dah lama putus," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Risteena, sebelum ini dia dan bekas kekasihnya tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai kisah putus cinta mereka kerana menghormati kehendak keluarga.
"Saya dan Ikhwan masih menjaga dan menghormati keluarga masing-masing dan kerana itu, kami tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sebelum ini," jelasnya.
Ditanya mengenai desas-desus mengatakan dia dan Isa bakal berkahwin pada 6 Disember ini, Risteena enggan mengulas lanjut.
"Segala persoalan akan terjawab pada hari itu. Saya tak boleh komen lanjut. Nanti tak ada kejutan," katanya.
Risteena sebelum ini bercinta dengan Ikhwan selama tujuh tahun dan sudah mengikuti kursus perkahwinan. Malah, Ikhwan juga pernah menyatakan mereka bakal berkahwin pada bulan ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran Risteena.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video