HIBURAN
Projector Band Bakal Adakan Konsert Sulung 28 Julai Ini!
Dikenali dengan lagu Sudah Ku Tahu, Projector Band yang terkenal dengan genre band rock mula ditubuhkan pada 25 Disember 2013.
Mula bertapak di Kuala Kubu Bharu, Selangor, band ini dianggotai oleh lima orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.
Setelah hampir tiga tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, Projector Band telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama.
Konsert anjuran JW Live Productions Sdn Bhd ini akan diadakan di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Berlangsung selama satu jam, konsert ini bakal diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 petang.
Pelancaran tiket konsert sudah diadakan pada Sabtu lalu, 30 Jun 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Di konsert itu nanti, mereka akan mempersembahkan lagu popular seperti Sudah Ku Tahu, Pasti Ada Kamu, Aisyah, Meskipun Kau Tahu dan Percaya Hati, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9.
Projector Band juga akan menyampaikan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini bertajuk Setia Menantimu.
Tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Untuk pembeli terawal yang mendapatkan tiket, mereka akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad).
Teks: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video