gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Umum Konsert 'DiA Misha Omar' Berskala Mega 29 November Ini, Misha Omar; "Walau Saya Tak Pernah Ada ..."
VIRAL
CEO Batu Mengaku Tak Bersalah Lakukan Amang Seksual, Dibenar Ikat Jamin RM6,000
HIBURAN
Mayat Aktres Pakistan, Humaira Asghar Ali Ditemui Mereput Dalam Rumah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Nak Pindah Rumah, Beli Kereta, Tukar Kerja..." - Mira Filzah Kongsi Kepentingan Istikharah

Asraf Aided
Asraf Aided
31/07/2019
06:39 MYT
Sponsor Banner
"Nak Pindah Rumah, Beli Kereta, Tukar Kerja..." - Mira Filzah Kongsi Kepentingan Istikharah
Pelakon popular, Mira Filzah berkongsi tentang kepentingan solat istikharah sebelum membuat pelbagai keputusan dalam kehidupan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
Menurut Mira, dia telah menonton sebuah video mengenai kepentingan istikharah yang disampaikan oleh penceramah Ustaz Adnin Roslan lalu membuatkan dia mahu berkongsi perkara itu bersama pengikutnya di IG.
"Istikharahlah dalam setiap keputusan, be it nak pindah rumah, beli kereta, tukar kerja, dapat projek baru, kerana istikharah ini adalah tanda kita menyerahkan segalanya, setiap langkah, setiap nafas kepada Allah SWT.
"Dan orang yang berada dalam pengawasan Allah, jagaan Allah, Insya-Allah hidup akan sentiasa bahagia walau besar manapun ujian melanda.
"I've just watched this video and feel like sharing this with you guys, @ustazadnin ada juga share adab beristikharah," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian itu dan turut bersetuju tentang pelbagai kebaikan istikharah.
View this post on Instagram
Istikharahlah dalam setiap keputusan, be it nk pindah rumah, beli kereta, tukar kerja, dapat projek baru, kerana istikharah ni adalah tanda kita MENYERAHKAN segalanya, setiap langkah, setiap nafas kepada Allah SWT. Dan orang yang berada dalam pengawasan Allah, jagaan Allah, InshaAllah hidup akan sentiasa bahagia walau besar mana pun ujian yang melanda . . I’ve just watched this video and feel like sharing this with you guys. @ustazadnin ada juga share adab beristikharah. Full video at my ig story! Salam maghrib everyone!
A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on Jul 30, 2019 at 4:22am PDT
Dalam perkembangan lain, Mira kini membintangi sebuah filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) iaitu Sangkar.
Selain Mira, filem tersebut turut dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem hebat ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Mira Filzah
#Pelakon
#Sangkar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement