gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
BERITA
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
SUKAN
MSN Sahkan Zii Jia Dalam Keadaan Baik, Sedia Hulur Bantuan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Kalau Ada Peluang Saya Nak Cuba..." - Ben Ladin

Asraf Aided
Asraf Aided
26/10/2018
10:00 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Ada Peluang Saya Nak Cuba..." - Ben Ladin
Penyanyi muda, Ben Ladin berhasrat untuk melibatkan diri dalam bidang pengacaraan jika berpeluang untuk melakukannya.
Ben atau nama sebenarnya Mohd Ben Ladin Bin Munshi Shaihan, 17, berkata mengacarakan sebuah program kanak-kanak di sebuah stesen televisyen tempatan beberapa tahun lalu telah mencetuskan minatnya dalam bidang tersebut.
"Saya amat meminati bidang pengacaraan, jika diberi peluang pasti saya akan cuba.
"Saya pernah mengacarakan sebuah program kanak-kanak beberapa tahun lepas, dari situ saya berasa yakin untuk terus belajar dan menggilap bakat pengacaraan saya di masa akan datang.
"Buat masa ini, fokus saya adalah dalam bidang nyanyian sahaja, mungkin belum ada rezeki untuk menceburi bidang lain," kata Ben kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Ben sedang sibuk memenuhi undangan persembahan dan mempromosikan single Hikayat Benladin di seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ben Ladin
#Hikayat Benladin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement