gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”
HIBURAN
Ada ‘Makcik’ Tak Kenal Fasha Sandha, Siap Nak Kenenkan Dengan Cucu - “Sampai Ke Sudah Tak…”
BERITA
Jepun, AS Keluar Amaran Tsunami Selepas Gempa Bumi 8.7 Magnitud Gegar Rusia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Itu Fitnah Jahat Ke Atas Saya" - Ustaz Abu Syafiq Tak Hina Ustaz Ebit Lew

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
04/12/2020
14:05 MYT
Sponsor Banner
"Itu Fitnah Jahat Ke Atas Saya" - Ustaz Abu Syafiq Tak Hina Ustaz Ebit Lew
Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi sekeping surat akuan berkanun, Abu menyatakan dia tidak pernah menghukum sesat atau menghukum kafir ke atas Zulkifli.
Malah tegas Abu, dia tidak menghina kerja amal baik yang dilakukan oleh Ebit.
"Saya lakukan Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa pihak yang menggunakan akaun palsu serta pihak yang tidak bertanggung jawab terus memfitnah saya.
"Pemfitnah telah memfitnah saya kononnya saya menghina kerja amal Ustaz Ebit Lew dan kafirkan beliau serta Menteri Agama. Wallahi demi Allah itu adalah fitnah yang berat.
"Saya tidak pernah hina kerja amal Ustaz Ebit Lew dan tidak pernah kafirkan beliau dan Menteri Agama. Itu fitnah jahat ke atas saya," dedahnya.
Tambah Abu, laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat ke atas individu yang cuba menjatuhkan reputasi dirinya.
"Saya sudah buat laporan polis, aduan ke SKMM, tindakan saman mahkamah ke atas beberapa pihak yang saya kenali namun akaun yang palsu serta laman yang tidak dikenali saya belum dapat membuat tindakan dalam kadar segera sedangkan fitnah ini berluas-luasan.
"Semoga Allah membalas para penfitnah dengan balasan segera dan setimpal," tulisnya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)
Topic Berkaitan
#Ustaz Abu Syafiq
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement