HIBURAN
"I Hope You're Strong. You Deserve Someone Better .." - Netizen Beri Kata-Kata Semangat Kepada Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime telah meluahkan perasaan yang dirasai ketika ini dengan memuat naik rakaman babak lakonan miliknya.
Rakaman video itu telah dikongsi menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
"How I'm feeling right now actually," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.
Walaupun entri itu dituliskan secara umum, netizen mengetahui ia mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang dibatalkan di saat akhir.
Kebanyakan dari pengikutnya memberi kata semangat kepada Atikah untuk menghadapi dugaan serta berdoa agar dipertemukan jodoh yang lebih baik.



Must-Watch Video