HIBURAN

Glad To See Him Back! – Ini Foto-Foto Terbaru T.O.P BIGBANG Selepas Tamat Latihan Tentera

gempak
Mya Amri
09/07/2019
08:44 MYT
Sponsor Banner
Glad To See Him Back! – Ini Foto-Foto Terbaru T.O.P BIGBANG Selepas Tamat Latihan Tentera
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, T.O.P telah menamatkan latihan ketenteraannya pada Sabtu.
Kepulangan T.O.P itu disambut dengan kehadiran para peminatnya di perkarangan pejabat Daerah Yongsan.
Istimewanya lagi, T.O.P juga telah mengadakan ‘secret Fan Meeting’ khas buat peminat yang hadir menyambut kepulangannya.
Difahamkan T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun telah bertemu dan bersalaman dengan lebih 500 peminat disebuah lokasi yang dirahsiakan tanpa kehadiran pihak media.
T.O.P yang tampil dengan memakai suit hitam kelihatan begitu kacak dan kemas selain tersenyum gembira sebaik sahaja bertemu peminat.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik sekitar sambutan kepulangan T.O.P oleh peminatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024