"Angah Dah Dapat PhD!" - Lulus Cemerlang, Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah
Amri Hassan
17/06/2019
05:52 MYT
Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris kini sudah mampu menarik nafas lega selepas tamat pengajian dalam Ijazah Kedoktoran di University of Nottingham, United Kingdom baru-baru ini.
Bersyukur atas nikmat tersebut, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu turut berterima kasih kepada pihak yang membantunya selama ini.
"setelah bertahun lamanya dalam perjuangan dan perjalanan yang penuh berliku, saya telah berjaya di dalam sesi VIVA VOCE (Pass with Minor Amendments) untuk pembelajaran saya di peringkat Ijazah Kedoktoran (PHD) di University of Nottingham, United Kingdom.
"Tahun ini cukup bermakna buat saya di kala mendapat PhD, kejayaan ini di serikan pula dengan Aidilfitri dan sambutan hari lahir saya pada tarikh yang sama 5 Jun. Alhamdulillah," tulisnya bersama sekeping foto di hadapan institut pengajiannya di UK.