HIBURAN
“Alhamdulillah, Setelah Hampir Dua Minggu…”- Isteri Shukri Yahaya Syukur Anak Bebas Influenza B
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan memanjatkan rasa syukur apabila anaknya, Aaira Ameena disahkan bebas Influenza B.
Berita itu dikongsi Tya menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya semalam.
Menurut Tya, Ameena terpaksa dikuarantinkan selama dua minggu sebelum ini.
“Yay! Esok dah boleh keluar jalan-jalan dengan Ameena, setelah hampir dua minggu kuarantin dekat rumah. Mati kutu mommy! Ahahahhaahhaa. Ameena dah bebas Influenza B. Alhamdulillah. Hati mommy bunga-bunga nih,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya melahirkan rasa gembira kerana Ameena sudah kembali pulih.
“Syukur. Alhamdulillah, Ameena dah sembuh,” komen @kyubela
“Alhamdulillah... Lamanya tak nampak keletah Ameena,” tulis @amathys775
Terdahulu, Ameena telah disahkan menghidap Influenza B pada penghujung Ogos lalu.
Shukri dan Tya telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video