HIBURAN

Akhmal Nazri Bertunang Dengan Lisa AF 2015 ... Tahniah!

gempak
Zulaikha Yusof
27/12/2019
01:41 MYT
Sponsor Banner
Akhmal Nazri Bertunang Dengan Lisa AF 2015 ... Tahniah!
Pengacara dan pelakon Akhmal Nazri selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne atau Lisa pada 25 November lalu.
Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.
Pemilik nama Muhd Akhmal Mohd Nazri itu juga berkongsi satu foto sedondon memakai busana berwarna ungu bersama tunangnya.
"My heart keeps telling me its you, you, you, you, you, you're the one! Assalamualaikum, tunangku!" tulisnya.
Rata-rata peminat Akmal mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
Akhmal yang terkenal dengan watak Jibam dalam drama bersiri Oh My English mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum disatukan pada penghujung tahun hadapan.
Terdahulu, Akhmal telah melamar gadis bertuah itu awal bulan lalu ketika berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.
BACA: Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024